Ahad, 18 April 2010

Easy ride Jalan Kebun - Olak Lempek

18Apr2010- Aktiviti aku pada hari ini ialah easy ride dan dekat berdekatan dengan rumah, kali ni tidak bolih pergi jauh dan lama sangat kerana nak celebrate birthday isteri pada sebelah petang, hanya aku berdua dengan Triplesaber sahaja, bertolak dari jalan kebun jan 8.30am kami memulakan ride kami di perkampungan orang asli untuk warm up dahulu. Terdapat sedikit jalanan yang memerlukan teknik di mana selebih nya kepada enjoy dan layan selekoh. Walaupun baru dalam bidang ini sedikit sebanyak Triplesaber memberi tips bagaimana hendak mengambil selekoh dengan sempurna. Kami melalui jalan estate kelapa sawit dan sedikit jalan tar.


Satu kumpulan penunggang basikal seramai 20 orang juga melalui jalan yang kami lalu. Mereka ini bolih dikatakan setiap minggu menunggang di kawasan tersebut, aku dapat rasakan nyaman nya udara di kawasan tersebut yang mungkin di antara sebab mengapa mereka suka tempat tersebut.







Setelah warm up dengan di ketuai olih Triplesaber kami memulakan easy ride dari Jalan Lombong Emas 3, dari situ kami melalui jalan batu krikil sejauh lebih kurang 5 kilometer. Di jalan itu jugalah aku melakukan terbangan pertama ku setinggi 1kaki (sahaja, belum pandai dan berani sangat) setelah meniru aksi Triplesaber. Memang seronok, aku dapat melakukan beberapa kali walaupun tidak tinggi. Sedikit malang bagi kami kerana hari ini terdapat banyak lori hantu sedang mengangkut pasir.


Sampai di Taman Mas Sepang aku dapat menyaksikan para "Glider" sedang enjoy dengan kipas terbang mereka, sayang tak sempat ambil gambar semasa salah satu glider mengekori ku dari belakang (cemas juga takut di langgar nya aku). Kami meneruskan perjalanan masuk semula ke kawasan estate, samapi di satu simpang terdapat satu group basikal sedang berkumpul.

Kumpulan penuggang basikal


Kami memlalui estate dan Kampung orang asli Cheering, ramai juga group penunggang basikal kelihatan. Aku melambai tanda persahabatan dan mereka membalas dengan senyuman, begini cara nya bagi ku, menghormati orang walaupun tidak mengenalinya.

Di satu kawasan seperti yang Triplesaber pernah menyatakan aku sempat mengambil gambar tanaman ladang teh yang agak luas juga. Ini menunjukkan betapa segarnya udara di situ sehingga ladang teh yang kita tahu hanya terdapat di tanah tinggi sahaja.




Kami meneruskan perjalanan sehingga ke jalan besar dan sampai lah di Olak Lempek Banting. Di situ Triplesaber mengambil kesempatan mengisi minyak dan aku mengambil kesempatan mengurangkan tekanan angin belakang kepada 18psi dan depan 16psi (kalau tak silap lah, di sarankan olih "kudatua" kalau nak tunggangan yang lebih sempurna). Selepas itu kami singgah di sebuah warung untuk pekena teh tarik dan rehat.

Setelah beberapa ketika kami mengambil keputusan untuk pulang sambil mencari laluan yang sedikit mencabar. Sampai di satu kawasan aku terjumpa seorang pemburu haruan... wah syok tengok tempat tu akan ku repeat sekali lagi dengan membawa pancing ku pula he he he...., aku tanya "ada ikan kah" pemancing berbangsa cina itu menjawab "ada wooo".





Sampai semula di simpang Jalan Lombong emas kami berehat seketika sekitar jam 11.00am, ride kali ini mengambil masa kurang 3jam sahaja. Disitu kami berpisah untuk pulang ke rumah masing masing. Aku patah balik mengikut Jalan Lombong semula kerana ingin melakukan aksi terbang sekali lagi dan selekoh, kali ini terasa agak tinggi jugak mungkin 1kaki 1/2 kot... sampai di satu kawasan aku dah kompius. tak pasti dah jalan yang mana, ah redah jer lah... sampai di tol Taman Mas pulak, patah balik dan akhir terperasan satu land mark untuk ke jalan yang betul.

Sampai di rumah lebih kurang jam 11.30tengahari dan begini lah rupa aku dan motor...., jam 11.44am terima sms dari Triplesaber bertanyakan khabar dan selamat sampai ke belum. Terima kasih pada Triplesaber kerana prihatan..... sesat sikit jer plan plan kita redah.


Selepas zohor aku membawa isteri dan anak anak ke Pizza Hut menyambut Hari Jadi isteri aku, tu yang penting jangan syok nak ride jer... anak isteri kena ingat, kalau tak nanti balik rumah bukak tudung saji di hidangkan soup sporocket dengan exjos nanti wakakakakaka...

Tanda Sayang


Anak Sulong

Anak kedua

Anak ketiga
Manja

Anak Keempat
Pendiam


Anak Kelima yang paling nakal
Dah nama pun Aiman tak kisah

Tamat

4 ulasan:

  1. tahniah bang..keluarga n aktiviti kokurikulum balance

    BalasPadam
  2. Wah..ada makan besar!
    Saya pun sebelah petang tu bawak family jalan2. Badan sihat otak cerdas family ceria!

    BalasPadam
  3. Ini lah contoh seorang penggiat rekreasi yang baik. Masa untuk kegiatan sendiri dan masa untuk keluarga hendaklah selalu seimbang. Baru dapat restu...

    BalasPadam
  4. terima kasih...
    betul tu mesti ada keseimbangan...
    tak nanti soup sprocket

    BalasPadam